dear bloggers..
assalamualaikum..
mesti pelik siapa punya wajah di atas tu kan?? kalau mau
tau, baca la sampai habis post nie... ^^
chef? lelaki atau perempuan yang lebih ramai? yg itu semua
orang pun dah boleh jawab kan... tapi kenapa lebih ramai? adakah perempuan ni
belum cukup hebat? atau kehebatan tu terbatas hanya dalam dapur rumah? masak
untuk family? sedangkan chef lelaki yang pro telah memasak untuk berjuta2
pelanggan..... malah graduan2 ipt juga terdiri dari siswa dan siswi.. tetapi
realitinya siswi agak tenggelam...namun masih ada wajah2 chef wanita yang
menyinari industri hospitaliti ini...
"Chef Lay Na"
merupakan sous chef (priciple assistant of the executive
chef) pangkat chef kedua tertinggi di Mandarin Oriental (MO), Kuala
Lumpur....mengambil bidang seni kulinari di Pernas Hotel School, di Kuala
Lumpur.
beliau telah memenangi banyak anugerah dalam pelbagai
pertandingan...
Antaranya..
pingat emas dalam pertandingan Bocuse d'Or Asia 2010 yang
diadakan di Shanghai, China.
dua pingat emas dan satu pingat perak dalam Culinaire
Malaysia 2007.
Katanya, memasak di rumah amat berbeza berbanding di tempat
kerja (hotel) kerana chef perlu menyediakan masakan dalam kuantiti yang lebih
banyak bergantung kepada jumlah pelanggan tanpa menjatuhkan kualiti masakan
tersebut
Selain itu, beliau juga amat mementingkan kualiti makanan
termasuk dari segi keenakan rasa dan gaya persembahan.
"Itulah antara cabaran yang perlu dihadapi oleh seorang
chef.
"Bagaimanapun hasil pengalaman dan hubungan yang erat
di kalangan krew cabaran-cabaran tersebut dapat diatasi," ujarnya.
-dipetik dari utusan malaysia online.(boleh baca selanjutnya
di sana ya..)
so,apa yang aku mau bagitau, aku kagum dengan kejayaan Chef
Lay Na. Semoga terus berjaya :)) (hopefully i can be just like u)
ni gambar2 hiasan blog ja ek...saja mau cuci mata^^
cantiknya dessert2 nie...
semua pun nampak sedap...cantik....
No comments:
Post a Comment
thanks for the comment :)