Leaderboard

Thursday, November 10, 2011

ya Allah ! dah berkarat rupanya !


assalamualaikum...

hmm...suka menulis, mengarang...begitu la minat aku sewaktu bergelar pelajar sekolah menengah... rajin sangat ikut aktiviti mengarang esei yang patah perkataannya sampai 1000 ke atas...sangat2 minat sampai aku sedar bahawa menulis ni boleh buat duit rupanya...hehe maksud aku tu, bila ikut pertandingan menulis esei dan menang lagi tu,dapat la duit..bukan puluh tapi ratus....best bah....berbaloi untuk mengganti penat lelah jari jemari menulis dan memerah kepala otak ni untuk mengeluarkan segala idea-idea bernas, ilham yang luar biasa, kosa kata yang meluas, peribahasa yang cantik, ilmu pengetahuan yang mendalam..dan kemahiran dalam menukil ayat-ayat indah bahasa melayu....

perasaan bila dah siap tulis sebuah karangan yang sampai 4, 5 muka surat tu...memang sangat lega dan puas hati... tambah2 lagi bila menang, terasa lagi gembira ^_^ seperti karangan itu dihargai..... 

tetapi...apa yang jadi sekarang...hmm macam tajuk di atas la....rupa-rupanya dah hampir berkarat otak ni kalau lama tidak menulis esei berjela-jela ni lepas habis tingkatan 5 = (

apabila aku cuba mengarang macam dulu....pegang pen...mahu menulis....mula perenggan pendahuluan....tiba-tiba terasa bergetar jari ni.....airmata mula bergenang.....
ya Allah ! dah berkarat rupanya aku ni ! tu ar akibatnya bila dah berbulan-bulan tidak mengarang karangan... terasa kecewa dengan diri ni...kesal yang teramat...... ingin aku cakap dengan diri aku....
"tiada guna dapat A+ pelajar terbaik subjek bahasa melayu ! 
kalau akhirnya tiada gunanya pada masa depan !" 

...................... ='(
emosi sedikit malam ini....

akhirnya gugur embun ke atas lembaran putih yang tidak berpuitis ini.... ='(
kosong~.......

No comments:

Post a Comment

thanks for the comment :)

Large Rectangle

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...