Leaderboard

Tuesday, April 24, 2012

kek coklat mama kami !

jom buat kek ! ^_^

Bahan-bahan:

  1. Tepung Gandum - 3 cawan
  2. Gula Perang - 3/4 dari 1 paket
  3. Serbuk koko - letak ikut selera
  4. Serbuk penaik - 1 sudu besar
  5. Ovalette - 1 sudu teh
  6. Soda Bikarbonat - 1 sudu besar
  7. Susu cair - 1 tin
  8. Air panas - 2 cawan
  9. Telur - 2 atau 3 biji
  10. Minyak Jagung
AMARAN :
  1. Sila guna bekas sukatan yang sama
  2. Gaul SATU arah SAHAJA
Prosedur:
  1. Masukkan 3 cawan tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk penaik ke dalam bekas besar.
  2. Gaul agar sebati.
  3. Masukkan lagi gula perang dan serbuk koko.
  4. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan gaul..
  5. Masukkan susu cair dan minyak jagung
  6. Masukkan air panas dan ovalette
  7. Sapukan sedikit minyak jagung ke permukaan loyang dan ratakan.
  8. Masukkan bahan-bahan yang telah digaul tadi ke dalam loyang tersebut.
  9. Akhir sekali, bakar selama 30/40 minit dengan api yang sederhana.

No comments:

Post a Comment

thanks for the comment :)

Large Rectangle

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...