Leaderboard

Monday, April 30, 2012

panggilan palsu..

alkisah hari sabtu lalu....jam 3.37 minit petang aku didatangi oleh sebuah panggilan 'With held' yang kononnya daripada Celcom Center Kuala Lumpur...

Si pemanggil itu memberitahu bahawa nombor telefon aku telah memenangi cabutan bertuah sebanyak RM5000 ! banyak tu !! (ketara sangat menipu, mcam tiada nilai lain jak) ... dia suruh aku amik duit di bank yang terdekat dengan rumah aku..siap dia bagi nombor telefon lagi dengan aku untuk sahkan kalau duit tu sudah masuk atau belum...haha

 manada duit yang tiba-tiba boleh dapat tanpa usaha.... lepas itu kalau mau transfer duit, mestilah minta nombor akaun kan? ni tidak, dia minta nombor yang atas kad atm tu pula.... memang sah, sindiket penipuan ni....kalau kamu ada dapat panggilan dari 'with held' , janganlah angkat...... nanti tertipu...
memang macam-macam cara sudah manusia yang jahat ni mahu menipu... 
semoga Allah membalas kejahatan mereka itu..

No comments:

Post a Comment

thanks for the comment :)

Large Rectangle

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...