Leaderboard

Friday, February 15, 2013

Kenali Selatan Eropah-Greece !

Assalamualaikum
hari ni belajar sikit2 tentang negara-negara Eropah Selatan antaranya ialah Greece.
Ibu negara Greece ialah Athens yang merupakan bandar terbesar di Semenanjung Balkan, Greece.
Greece kaya dengan sejarah dan peninggalan seni bina, pulau-pulau, pelabuhan dan teluk-teluk yang terlindung.


tempat-tempat menarik di Athens yang menjadi tarikan pelancong ialah Acropolis yang menguasai bandar Athens. 

Kawasan utama Athens ialah Parthenon, iaitu kuil Athena (rujuk gambar di bawah)


dan juga Erechtheion(atas) yang mempunyai patung anjung dayang-dayang (porch of maidens)

Selain itu, tarikan Acropolis lain ialah Temple of Olympia Zeus.

 dan The Theseum (rujuk gambar di bawah)

kawasan asas Acropolis ialah The Temple of the Wingless Victory. (atas)
Arch of Hadrian. (atas)

Tempat-tempat lain yang menarik di Athens ialah:
  1. Monument of Lysirkates
  2. The Olympic Stadium
  3. The Theater of Dionysos
  4. The Odeion of Herodes Atticus 
  5. The Theseion

Plaka- ialah tempat tertua dan tempat yang indah di Athens kerana kawasannya yang mempunyai jalan-jalan sempit, rumah satu tingkat, jalan yang membingungkan dan rumah agam yang elegan.
Di sana terdapat bar-bar kecil dan juga kedai-kedai.
Kedai-kedai ini menjual barangan kraftangan.

Di Athens, parlimen dijaga oleh askar yang berpakaian warna-warni digelar Evzones. Unik kan? bukan selalu nampak askar pakaian begini. Tapi itulah budaya mereka. :)
Syntagma Square-merupakan tempat parlimen di mana ditunjukkan pertukaran askar-askar setiap jam.

okay, di Greece terdapat juga pulau Peloponnisos. Ini kawasan-kawasan yang terdapat di pulau Peloponnisos.

No comments:

Post a Comment

thanks for the comment :)

Large Rectangle

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...