hahaha alahai teruknya blog yang satu ni dah x terjaga...setahun sekali ja update blog...macam raya setahun sekali pula...aduhai...sebab dah buka blog lagi satu, tu yg ni pun x terkawal pula entrinya....kesian...
Leaderboard
Monday, September 25, 2017
Tuesday, January 26, 2016
salam tahun baru 2016
Assalamualaikum...
dah setahun aku x post apa2 dalam blog ni (*banyak habuk..sambil tiup2)
hobi blogging dah berkurang mungkin sebab ada seseorang tempat aku meluah perasaan setiap hari..
bila wujud semua tu, aku mulai rasa yang blog ni kurang perlu...hehe
adakah tu tanda dia, aku ni jujur dan setia dengan si dia? amboi ayat aku ni ar...
apa-apa pun, selamat tahun baru 2016...aku mengharapkan agar diberi kesejahteraan dan kesihatan yang cukup untuk meneruskan hidup ni...tp walau bagaimanapun, kini aku berada dalam tahap kesihatan yang kurang sedikit..kerana aku terkena jangkitan 'kurap' atau 'scabbies' tu kalau bahasa orang puteh la..aku menyangka bahawa tu cuma butir2 biasa yang tumbuh di celah jari2 kaki aku..tapi apa yang aku alami adalah kulit bahagian butir2 itu sangatlah gatal dan menyebabkan aku ingin menggaru sepuasnya sehinggalah butir2 itu pecah dan mengeluarkan air2 jernih...pada mulanya aku hanya mengelap dengan tisu atau membasuhnya di air untuk mencuci cecair itu. akan tetapi rasa gatal itu semakin menjadi-jadi. Ia menyebabkan tumbuhnya butir2 di sekitar kulit2 jari kaki aku...menyebabkan kaki aku menjadi luka dan pedih. Apatah lagi aku selalu menyentuh permukaan tersebut dengan tangan, maka jangkitan itu telah merebak ke bahagian tangan kiri dan kanan dan diikuti dengan lengan. Malah jangkitan tu semakin aktif hinggalah ia tumbuh di kawasan betis dan paha aku..sesekali scabbies ingin bertapak di bahagian badan. Pada ketika itu, keadaan aku amatlah teruk sehinggakan ada antara rakan2 aku yang berasa geli ketika melihat kulit aku yang berbiji-biji banyak...malahan aku sendiri berasa ngeri melihat keadaan aku sendiri. Namun begitu, ayah aku ada membawa aku ke klinik di Kingfisher, KK untuk mendapatkan rawatan. Pada ketika itu, aku belum tahu bahawa jangkitan itu adalah scabbies, aku tahu selepas doktor itu yang memaklumkan kepada aku. Doktor itu memberitahu bahawa jangkitan ini amat berbahaya dan boleh hidup pada kain selama 48 jam. Lalu doktor tesebut memberikan aku ubat losyen yang hanya boleh digunakan jika perlu, kerana menurut doktor itu, ubat tersebut mempunyai kesan sampingan kepada aku jika aku kerap menggunaannya. apa pun,aku harap jangkitan ini akan sembuh sepenuhnya.
(Banyak lagi aku mau taip tapi mata dan mengantuk...time to sleep..bye2...
Wednesday, January 21, 2015
post pertama untuk 2015
ok..bukan cerita best yang menyenangkan hati tapi membangkitkan rasa panas saja ni..
aku baru ja break dengan future husband aku..so? future husband lagi ka namanya tu? of course la bukan kan? sebenarnya aku ni..
sedih + kecewa = nangis
yup..sebabnya aku ni memang terlampau minta sangat perhatian dengan dia dari dulu lagi...macam terhegeh-hegeh ja kan...pastu aku dah penat meminta kasih, jadi aku pun give up ja la...last2 dia pula yang sibuk contact aku segala...minta jangan tinggalkan dia..
apa ni? ko main-main dengan aku ka? baru mau tunjuk caring bila aku dah minta break...
aku sedih macam x boleh tahan dah airmata ni....
tapi nasib kaum perempuan ni kalau nangis pun keluar sekali jak..pastu dah x nangis lagi..
coz they have gone stronger than before..
tu yang terjadi dengan aku..lepas da pasrah dengan apa yang jadi..aku serahkan dengan dia ja untuk membuat tindakan selanjutnya..kalau x ada apa-apa usaha, aku anggap dia x perlu aku lagi dah...
ok..apa yang aku x puas hati sangat dengan dia ni? hmm...
dia dah masuk degree, bila dah start sem tu, busy dengan assignment, test, quizzes and ready for final exam..dia memang dah kurang2 contact aku masa tu..ok yang tu aku boleh paham lagi...tp kdg2 aku jadi bengang sebab dia aktif whatsapp, wechat, dota, fb (kdg2) tp x pula contact aku.
apa hal mcm tu??
dah tu, dia bagi alasan dia buka sekejap jak tu benda2 application tu..untuk release tension dan hilangkan mengantuk..habis tu aku ni apa? tunggul? rumput? batu??
okay..exam dah habis...cuti semester dah bermula...dia lepak dengan kawan dia dr tgh mlm tu sampai pagi..entahlah org lelaki buat apa lama2 sampai macam tu...pastu dia pula pegi buat janji mau contact aku esoknya...yang ko janji apasal?
dah lepak tengah pagi buta, siang2 tu mestilah tidur x ingat apa2 kan?
mestilah x contact aku lagi...dari kes tu aku jadi moody mau contact dia....kecewa dengan dia..
then, malamnya lagi, ada lagi kawan bawa lepak..ok fine, aku start sakit hati...oi, aku ni apa la fungsi? adoiii...
bila aku da start marah2, bebel2, dia ckp x mau gaduh...dia x reply mesej aku sebab malas mau bawa gaduh..
ok...x mau gaduh kan...mari break...senang..tamat..habis cerita...x la ko dengar lagi aku bising2 memprotes hidup kau...aku ni kerja pun sekarang semata-mata kerana kes ni la...aku takut aku mengamuk dengan kau nanti..baik aku yang menyibukkan diri aku dengan bekerja...ikutkan hati aku mau stay rumah jak...tapi mcm tiada hasil sebab aku hanya menghabiskan beras di rumah jak...walaupun aku dapatlah urus rumah kan...
banyak sangat ok aku..tapi x okay pun...
at the end, we stay as friends...but i don't know if we are really friends...
tp yang penting dia aman, aku pun aman....x ada lagi gaduh2 baling kuali periuk..
-sekian-
Subscribe to:
Posts (Atom)