"SMK SANZAC yang tercinta'
itulah bait-bait lirik yang masih aku
ingati...itulah senikata lagu sekolah SMK SANZAC yang tidak pernah luput dari
ingatan...di situlah aku jatuh dan bangun kembali...walaupun blog aku agak
terlewat dari tahun aku mula bersekolah di sana,namun aku masih ingat setiap
kenangan yang berlaku...
2006
mengingati peristiwa-peristiwa sewaktu aku
masih di tingkatan 1 Anggerik...tahun 2006.Waktu itu, aku masih digelar antara
budak yang pendiam....masih terbawa-bawa perangai sekolah rendah di SK TANJUNG
ARU 1... takut mahu bersuara....memang pelajar pasif la aku tu di kelas...
haha... masih ingat lagi, guru kelas aku Puan Juliana Nordin. Beliau menjadi
guru kelas aku sehingga tingkatan 3 Anggerik. Beliau mengajar subjek Bahasa
Inggeris. Pendiam pendiam aku pun, tetap ada kawan juga tau. Dalam kelas nampak
pendiam tapi apabila dengan kawan aku yang dua orang ni, memang 'non-stop'
ketawa. Namanya Farah Aimi dan Suriani. Ada saja yang mahu diketawakan. Hal
kecil pun mahu ketawa. Pelik kan? haha tapi itu la antara kenangan aku waktu
masih mentah. Hujung tahun tu, aku join Pertandingan Catur (CHESS). Ikut
program Pandu Puteri. Itulah langkah pertama aku untuk berubah dari pasif
kepada aktif. ^_^
2007
Tahun ni cukup bermakna untuk aku. Kenangan
yang terlalu manis untuk diungkapkan. Selepas join persatuan, aku mula masuk ke
bahagian jawatan-jawatan dalam sekolah. Tau aku jadi apa? hehe Pengawas
Sekolah. Maka beruniform serba biru la aku mulai dari tahun itu. ^_^ Itu juga
saat pertama kali aku bercakap di atas pentas ketika perhimpunan. Sebab waktu
tu semua pengawas akan bergilir-gilir untuk menjadi pengacara majis perhimpunan
tiap-tiap hari Isnin. Pertama kali juga aku pakai blazer..hehe..masih ada
blazer tu sampai sekarang :') Mulai dari tahun itu juga, sifat berani aku semakin
terserlah dan hilang rasa gentar dengan orang lain. Rasa malu dan pendiam tu
akhirnya terbuang perlahan-lahan.... Sebenarnya, jadi pengawas ni, bukan
mudah...tahun tu, pengawas sekolah senior2 semua hebat-hebat..memang aku
respect dengan kepimpinan diorang. Pada mulanya ada pemilihan untuk jadi
pengawas. Zaman aku dulu, ramai pelajar berebut-rebut untuk jadi pengawas.
Memang top la jawatan tu dulu. Mulanya aku tidak tersenarai dalam pemilihan tu,
kecewa tu ada..sampai dalam kelas, aku nangis senyap-senyap. Gara-gara x
terpilih. Kawan-kawan aku yang dah memang pengawas, adriana, sharinah,
syafiqah, rohana dan sulis pujuk guru pengawas kami untuk terima aku masuk.
Kerana diorang la, aku diterima masuk pengawas.^_^ Semakin ramailah kawan
aku,semenjak aku jadi pengawas tu..Aku sempat join Kem Jati Diri Pengawas tahun
tu..Itulah juga pertama kali aku camping. Tidur dalam khemah, naik Flying Fox,
wat abseiling dan repelling. Lepas tu jelajah Bukit Kopungit. Dilatih oleh
pegawai JPA. itulah antara kenangan yang terindah tahun itu. Aku juga bertuah
sebab ditemukan dengan 3 orang rakan baik aku, ANNAISS NISWATIN SAIDIE, NURAIN
DUALIN, dan NOOR AQILAH AZMAN. Memang banyak masa yang kami luangkan sama-sama.
Siap ada nama geng lagi..A4 gurlz. Macam nama kertas..hahaha...
2008
Tahun ini adalah tahun PMR..seorang dari
rakan A4 gurlz aku telah berpindah ke Johor, Noor Aqilah Azman. Hanya tinggal
kami bertiga sahaja lagi. Tahun tu, aku lebih tumpukan kepada pelajaran.
Kokurikulum sudah kurang sikit..hehe...tapi bukan berhenti dari aktif, cuma
mahu tumpu pada PMR sahaja... :D
To be continue............
To be continue............
*Nantikan cerita 2009-2010 ya.. part 2~ ^_^
No comments:
Post a Comment
thanks for the comment :)