Leaderboard

Monday, May 14, 2012

apa yang semua orang mahu cakap.......

simboliknya kek ni, kerana hari ni merupakan hari rasmi HARI IBU...
namun aku berpendapat bahawa semua akan setuju terhadap kenyataan mereka yang menyentuh iaitu, setiap hari adalah hari ibu......
dan sudah tentu ibu yang terbaik adalah ibu mereka sendiri...
macam aku juga, mama aku yang paling terbaik di dunia ni tau....^_^

entri aku malam ni, agak sedih sedikit...mood dah down sikit... 

biasalah tu kan..
sedang aku tengah laman sosial ni, hampir semua update status tentang ibu,post gambar kek hari ibu....
agak 'terasa' juga sedikit..... mungkin hati mudah tersentuh pabila dengar perkara sebegitu...

mudah sangat menitiskan mutiara....
untuk menahan sebak juga susah, 
apa lagi kalau memang sudah derasnya menitis...
sukar untuk menyingkir tangisan itu...

kalau mahu nangis, nangislah sepuasnya...maka sebak tu akan hilang serta merta...

Selamat Hari Ibu buat semua ibu di dunia..

pesanan untuk mereka yang masih punyai ibu, jangan abaikan mereka...
namun jika ibu telah tiada, teruskanlah perjuangan hidup demi ibu tercinta yang telah bertarung nyawa melahirkan kita ke dunia fana ini......

sayangilah ibu anda.....

No comments:

Post a Comment

thanks for the comment :)

Large Rectangle

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...