Leaderboard

Sunday, May 22, 2011

SELAMAT HARI GURU

salam..walaupun agak terlewat dari tarikh sebenar tetapi aku masih lagi ingin mngucapkan selamat hari guru untuk semua guru di dunia nie...tanpa guru siapa lah diri ini mahu mengenal ilmu.."terima kasih cikgu" ayat yang sering kita ungkapkan untuk cikgu kita..

terima kasih buat guru-guru ku dari:
  1. TASKI ABIM KOTA KINABALU
  2. SK TANJUNG ARU 1
  3. MADRASAH ISLAMIAH MNS
  4. SMK SANZAC KK.
Terima kasih yang tidak terhingga..^_^ 16 Mei adalah tarikh yang tidak pernah aku lupa~

Sunday, May 15, 2011

~8 MEI 2011~


setiap kali tarikh ini muncul,aku dan adik-beradik ku akan berlumba-lumba untuk membuat kad hari ibu untuk mama...teruja sangat sebab tiap-tiap tahun kami tidak pernah lepas dari membuat kad hari ibu..^_^
aku masih ingat lagi waktu kecil apabila aku juga mahu membuat kad untuk mama, lukisan orang lidi sahaja tapi aku tahu mama faham apa yang aku cuba maksudkan dalam kad itu...

hehe..walaupun gambar mama dalam kartun lidi tapi siap ada tudung lagi dan spek..
begitulah apabila kanak-kanak kecil seperti aku cuba mengeluarkan kata-kata melalui lukisan..


setiap kali kami 5 beradik memberi kad hasil masing-masing..sudah tentu mama akan membacanya satu persatu,begitulah antara sifat mama yang sangat penyayang kepada kami sebagai anak-anaknya..
mama semestinya akan mengeluarkan pujian untuk kami dan reaksi yang menyenangkan hati seperti "waahh..cantiknya". betapa gembiranya kami.. begitulah aku waktu zaman kanak-kanak..

namun buat pertama kali tahun 2011 hari ibu ini berlalu begitu sahaja...aku cuma mampu mendoakan mama di alam sana..tanpa mama sememangnya aku terlalu sunyi...
tetapi aku pasti mama akulah yang terbaik di dunia ini...

semoga mama tenang di sana yaa..
~pipa selalu doakan mama...

AL-FATIHAH BUAT ALMARHUMMAH AILEN@AZLEEN BINTI USOK@USOP

[berikan aku ketenangan]

Ya Allah..
andai hamba Mu ini,terleka walau sesaat pada Mu,
daku memohon,ampunilah kekhilafan hamba Mu ini...
sesungguhnya,terlalu banyak godaan golongan syaitan yang cuba merasuk fikiran dan mengotori hati ini....
daku memohon kepada Mu ya Allah...kuatkan pendirianku....tetapkan imanku...
aku takut untuk terpesong dari jalan Mu...
carikanlah daku cahaya petunjuk Mu...
berikan daku akal fikiran yang waras agar dapat membezakan hak dan batil...
daku memohon berikan aku kekuatan untuk menghadapi ujian hidup Mu...
berikan ketabahan agar aku tidak berputus asa dari meminta pada Mu...
Ya Allah..berikan ketenangan kepadaku...
sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Amiin Yaa Rabbal alamiin...


maafkan diriku...

sayang..
bukan aku sengaja tidak mahu mengadu padamu...
namun aku tidak sanggup membebani dirimu...
kerunsingan yang kau hadapi sudah cukup mengkusutkan fikiranmu...
aku cuma tidak mahu memberati apa yang sedang kau lalui ini..

maafkan aku...

bukan aku sengaja menyakiti hatimu...
sejujurnya aku tidak berniat melakukan itu padamu...
aku cuma ingin kau bahagia tanpa ada masalah...
sementara usia kita masih muda..
masih banyak peluang untuk mu melihat dunia luar..
dalam kalangan wanita sudah tentu bukan aku yang menjadi idamanmu...
jauh sekali dirimu untuk memilihku...

aku sedar kehadiran aku cuma sekadar menduga hidupmu...
menjadi bahan penguji kasabaranmu...

maafkan aku atas kekurangan aku ini...

mungkin hati kecilmu itu tidak mahu menerima kewujudanku dalam hidupmu...

maafkan diriku...

Saturday, May 14, 2011

bingung or bengong???

.:salam:.

adakala kita tertanya-tanya...apa yang terjadi semua ni ada hikmahnya??
atau sekadar hiasan hidup??kadang2 tidak rasional lansung bila terjadi sesuatu perkara yang di luar jangkaan kita..tambah2 lagi bila hal tu bukan yang kita impikan selama ini..
bagi aku...terlalu menduga kesabaran iman.. terlalu menguji sangat2... apa sebenarnya yang akan jadi terhadap masa hadapan aku??bertambah baik??atau sebaliknya??
kalau teruk...hmmm nauzubillah...aku x meminta apa2 tetapi tu mustahil juga kalau tidak berlaku... T_T tekanan memang sedang menguasai diri~

Large Rectangle

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...