setiap kali tarikh ini muncul,aku dan adik-beradik ku akan berlumba-lumba untuk membuat kad hari ibu untuk mama...teruja sangat sebab tiap-tiap tahun kami tidak pernah lepas dari membuat kad hari ibu..^_^
aku masih ingat lagi waktu kecil apabila aku juga mahu membuat kad untuk mama, lukisan orang lidi sahaja tapi aku tahu mama faham apa yang aku cuba maksudkan dalam kad itu...
hehe..walaupun gambar mama dalam kartun lidi tapi siap ada tudung lagi dan spek..
begitulah apabila kanak-kanak kecil seperti aku cuba mengeluarkan kata-kata melalui lukisan..
setiap kali kami 5 beradik memberi kad hasil masing-masing..sudah tentu mama akan membacanya satu persatu,begitulah antara sifat mama yang sangat penyayang kepada kami sebagai anak-anaknya..
mama semestinya akan mengeluarkan pujian untuk kami dan reaksi yang menyenangkan hati seperti "waahh..cantiknya". betapa gembiranya kami.. begitulah aku waktu zaman kanak-kanak..
namun buat pertama kali tahun 2011 hari ibu ini berlalu begitu sahaja...aku cuma mampu mendoakan mama di alam sana..tanpa mama sememangnya aku terlalu sunyi...
tetapi aku pasti mama akulah yang terbaik di dunia ini...
semoga mama tenang di sana yaa..
~pipa selalu doakan mama...
AL-FATIHAH BUAT ALMARHUMMAH AILEN@AZLEEN BINTI USOK@USOP
No comments:
Post a Comment
thanks for the comment :)