Leaderboard

Tuesday, January 26, 2016

salam tahun baru 2016

Assalamualaikum...

dah setahun aku x post apa2 dalam blog ni (*banyak habuk..sambil tiup2)
hobi blogging dah berkurang mungkin sebab ada seseorang tempat aku meluah perasaan setiap hari..
bila wujud semua tu, aku mulai rasa yang blog ni kurang perlu...hehe
adakah tu tanda dia, aku ni jujur dan setia dengan si dia? amboi ayat aku ni ar...
apa-apa pun, selamat tahun baru 2016...aku mengharapkan agar diberi kesejahteraan dan kesihatan yang cukup untuk meneruskan hidup ni...tp walau bagaimanapun, kini aku berada dalam tahap kesihatan yang kurang sedikit..kerana aku terkena jangkitan 'kurap' atau 'scabbies' tu kalau bahasa orang puteh la..aku menyangka bahawa tu cuma butir2 biasa yang tumbuh di celah jari2 kaki aku..tapi apa yang aku alami adalah kulit bahagian butir2 itu sangatlah gatal dan menyebabkan aku ingin menggaru sepuasnya sehinggalah butir2 itu pecah dan mengeluarkan air2 jernih...pada mulanya aku hanya mengelap dengan tisu atau membasuhnya di air untuk mencuci cecair itu. akan tetapi rasa gatal itu semakin menjadi-jadi. Ia menyebabkan tumbuhnya butir2 di sekitar kulit2 jari kaki aku...menyebabkan kaki aku menjadi luka dan pedih. Apatah lagi aku selalu menyentuh permukaan tersebut dengan tangan, maka jangkitan itu telah merebak ke bahagian tangan kiri dan kanan dan diikuti dengan lengan. Malah jangkitan tu semakin aktif hinggalah ia tumbuh di kawasan betis dan paha aku..sesekali scabbies ingin bertapak di bahagian badan. Pada ketika itu, keadaan aku amatlah teruk sehinggakan ada antara rakan2 aku yang berasa geli ketika melihat kulit aku yang berbiji-biji banyak...malahan aku sendiri berasa ngeri melihat keadaan aku sendiri. Namun begitu, ayah aku ada membawa aku ke klinik di Kingfisher, KK untuk mendapatkan rawatan. Pada ketika itu, aku belum tahu bahawa jangkitan itu adalah scabbies, aku tahu selepas doktor itu yang memaklumkan kepada aku. Doktor itu memberitahu bahawa jangkitan ini amat berbahaya dan boleh hidup pada kain selama 48 jam. Lalu doktor tesebut memberikan aku ubat losyen yang hanya boleh digunakan jika perlu, kerana menurut doktor itu, ubat tersebut mempunyai kesan sampingan kepada aku jika aku kerap menggunaannya. apa pun,aku harap jangkitan ini akan sembuh sepenuhnya.
(Banyak lagi aku mau taip tapi mata dan mengantuk...time to sleep..bye2...

Large Rectangle

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...