Leaderboard

Saturday, June 23, 2012

sangat lama tidak update blog...

"the time fly too fast"

sedar atau tidak, dah hampir 2 minggu aku di UiTM ni sejak dari 11 Jun lagi... sibuk juga la, mau urus itu ini... awal-awal semester kan, memang begitu la.. sekarang ni sedang sibuk menyiapkan iklan video untuk assignment subjek English.. Kemarin buat shooting, hari ni sibuk mau edit iklan tu.. Isnin ni presentation sudah.. 

Minggu ni aku cadang mau pulang rumah.... huhu tapi petang ni jam4 ada kawad Kesatria Kembara la pula... ganti kelas hari Selasa lalu tu... huhu apa boleh buat, esok jak la pulang rumah... 

sem ni subjek aku ada 8 semuanya... 
  1. BEL260 (bi)
  2. ACC106 (akaun)
  3. MGT162 (pengurusan)
  4. HTT160 (customer service)
  5. HTT162 (fundamentals of tourism)
  6. CTU151 (Tamadun Islam)
  7. HBU125 (Kesatria Kembara)
  8. BAB120 (B. Arab II)
final exam subjek 1 hingga 6 tu... waaaa tambah banyak la pula sem ni........

next week mau pulang rumah, tapi mungkin ada Hari DPP pula....ceritanya balik hari ahad lagi la ni...huhuhu...

apa pun, harap2 aku boleh up lagi sem ni ! go for it !!

Tuesday, June 5, 2012

hujan mengingatkan aku pada seseorang...

saat-saat inilah yang paling aku suka, aku teringat balik kenangan manis aku..
masa tu aku baru tingkatan 3.. masih kecik :P hahaha 

tapi cukup sweet...hahaha

masa tu petang..hujan lebat...aku pula mau pulang..tapi lebatnya hujan...
xkan la mau redah tanpa payung....jadi terpaksalah aku tunggu reda dulu hujan....
kalau redah juga habislah basah kuyup buku-buku sekolah dengan tuannya sekali..hahaha

lepas tu, tidak lama hujan lebat tu jadi gerimis dah...
masa aku baru mau pulang tu...ada seorang jejaka (amboi..haha)
dia pinjamkan aku baju hujan dia...(shh...diam2 jangan bagitau org lain...)
hohohohoho.....

*kan dulu aku selalu balik sekolah jalan kaki..jadi dia yang selalu teman aku pulang...takut-takut nanti ada orang gila mengacau..haha.. 

Sunday, June 3, 2012

bermain kejap~haha

Penat melayan kerenah adik-adik aku dua orang ni...Mula-mula disuruh kakaknya main game "humming",satu permainan nyanyi dan teka lagu  tapi mulut tertutup rapat.. Main-main lama kakaknya yang tidak tahu lagu apa lagi yang mau kasi humming sana. Lost ideas...Last2 main lukis-lukis... Si ipan ni yang bikin pening, balik-balik dia tanya sama kakaknya ni,"Kak, cantik ka Ipan lukis??" tu jak la ayatnya ulang-ulang. Maka aku pun jawablah..Cantik ba..........

hahaha kalau jawab tidak, gerenti merajuk la tu.........

yang Si Kay Ann pula, sibuk komen lukisannya sendiri... Memang dia x confident langsung dengan lukisan dia...hahaha geli hati aku tengok perangai diorang ni...macam-macam jak..

Semangat mau lukis ni..

ni hasil lukisan si Kay Ann...di kampung kunun dia cakap..hehe

 Kay Ann langsung x sedar yang aku tengah ambil gambar..hehe khusyuk melukis.

yang ni la lukisan si Ipan.. ^_^" kamu komen la sendiri ya... 

yang ni hamba Allah mana la yang lukis.....????
heheheehe

Saturday, June 2, 2012

Perkahwinan kak Suhaira.^_^

2 JUN 2012 (Sabtu)- Bertempat di Dewan PPS, Sembulan telah berlansungnya majlis persandingan Kak Su dan suaminya, Redzuanizam.  
(uiseh, macam pembaca berita ! hahahah)
Alang-alang dah rumah aku pun dekat sangat ni dengan dewan PPS, jadi aku pun join la tengok kak Su kahwin. Cantik pelaminnya...banyak bunga ros merah...

 ni la antara rakan-rakan kak su dulu masa di SMK SANZAC dulu..

okay, aku kenal kak Su sebab kami dulu sama-sama jadi Pengawas Sekolah. Tu ar boleh kenal..hehe

haha sempat lagi disuruh buat aksi lawak-lawak.  Ala-ala tiger..ROARR! haha

 Kak Su ni orangnya lemah lembut sangat dan ayu. Memang untung suaminya tu.. ^_^

 apa-apa pun, tahniah kak su kerana dah menjejaki alam perkahwinan. Semoga bahagia dan cepat-cepat dapat baby! hehe
Moga perkahwinan kak Su diberkati Allah S.W.T.

SELAMAT PENGANTIN BARU ! ^_^

*gambar dari facebook kak Dian :)
#aku semakin chubby !! >_<

bah..disable la timeline tu...boleh ba tu..

hai semua ! hahaha (ceria betul..)
opss.. lupa.. Assalamualaikum..
dah online facebook? mesti rimas nampak timeline kan?
walaupun agak basi info aku ni..tapi tidak salah kan mencuba? ^_^ hihi
ada cara untuk buat Facebook Timeline tu lenyap dari pandangan mata anda ketika online di laptop sendiri..
yang ni untuk Google Chrome ja...yg mozila serigala tu dan Internet Explode tu...aku tidak tahu ya...hehe
Sekadar mahu berkongsi...yang ni tidak perlu download tau..

Caranya macam ni....

1-Klik pada "setting" pada bahagian sebelah kanan, kemudian klik "tools" dan klik "extensions"
2-Klik pada "Get more extensions" dan search "Timeline Remove". 
Kemudian anda klik "ADD TO CHROME"


3-Setelah itu, close dan open semula window facebook anda. Inilah hasil yang saya dapat. TADAAA! ^_^

Old profile ni hanya boleh dilihat sekiranya anda mempunyai extension Timeline Remove. 
Sekali lagi, ini bukan untuk hapus tu timeline..application ini cuma untuk disable sahaja..kerana pengguna akaun fb anda yang lain masih boleh melihat fb anda dalam keadaan timeline. Namun sekiranya rakan anda juga rimas dengan timeline, cubalah cara ini.

Kalau berhasil,tahniah ! 

Large Rectangle

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...