Leaderboard

Thursday, June 23, 2011

bangun dari kegagalan

"hari ini aku ingin berkongsi satu harapan,satu impian..berkali-kali gagal dalam mencuba peluang.. apa yang sedang Tuhan ingin lakukan sememangnya aku redha namun aku masih sedih apakah jalan hidup aku sekarang?ke mana arah yang sebenar-benarnya..? penuh dugaan,segala simpati itu aku tidak perlukan kerana aku masih mampu berjalan di atas kudrat kedua kaki ku ini.. ya..Tuhan sedang menguji aku, adakah aku bersabar dengan ujian ini..? mampukah aku hidup keseorangan? jalan yang aku lalui tentulah tidak sesukar mana tetapi penantian itu memang cukup menyeksakan..dalam tempoh aku menunggu,entah apa yang bakal terlintas di fikiran aku ktika itu..sama ada bisikan naluri yang menyedarkan aku atau bisikan anasir-anasir jahat yang akan mempesongkan aku dari matlamat dunia dan akhirat...semua terpulang pada takdir setelah aku berusaha untuk kembali pulih dari keadaan yang merumitkan.. "

"seekor anak burung cuba untuk terbang dari atas pokok yang sangat tinggi hingga membuatkan dia hampir jatuh terdampar ke atas tanah namun dia cuba melebarkan sayap yang ada untuk kembali terbang tinggi seperti burung-burung lain.. adakah dia akan berjaya mencapai matlamatnya sebagai burung ciptaan Tuhan...?"

"seakan takut menempuh ranjau ini, beranikanlah dirimu,kejarlah waktu sehingga engkau lebih pantas dari detikan waktu.."

Terdampar jauh dihempas badai kuhanyut
Hati merintih terkunci mulut membisu
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
Liku ranjau kutempuh dalam mencari jawapan

Di sudut kecil hatiku sering berkata
Apa yg terjadi ada hikmah sebaliknya
Kuberanikan diri menongkah arus yang deras
Demi hari esok ku relakan

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Kini ku jauh memetik bintang di langit
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
Tinggallah memori terpahat di dalam dada
Terjawab sudah segalanya

Aku hanya ingin merasa
Kemanisan hidup di dunia yang kudambakan
Tuhan hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh
Ku bangkit semula
Hanya titipkanlah doa
Agar permataku terus bersinar

[senikata ini dipinjam dari lirik lagu "aku permata" yang dipopularkan oleh salma mentor 5]

No comments:

Post a Comment

thanks for the comment :)

Large Rectangle

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...