Salam pertemuan wahai blog.. hari ini yang ingin aku kongsikan kenangan manis yang tidak akan dapat aku lupakan. BACA SAMPAI HABIS TAU~
Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang telah diadakan di dewan SMK SANZAC pada 24 Mei 2011 bersamaan hari Selasa.
Menjadi lebih bermakna apabila aku mendapat anugerah pelajar mithali 2010.. Walaupun agak kecewa dengan keputusan SPM aku,namun aku berazam untuk meneruskan perjuangan menjadi yang terbaik..Sekurang-kurangnya aku dapat membuat ayahku bangga terhadapku..
Aku tidak meminta imbalan apa-apa cuma sedikit penghargaan atas segala usaha aku.. alhamdulillah.. anugerah ini telah menenangkan hati aku buat seketika..
Meskipun aku sedih kerana ibuku tidak dapat bersama ku untuk mengambil anugerah itu namun,aku redha akan ketentuanNya. perkara ini memang tidak dapat diduga...
aku bersyukur padaMu ya Allah... Alhamdulillah..
ilal liqa~
No comments:
Post a Comment
thanks for the comment :)