Leaderboard

Saturday, October 30, 2010

kerana RM3~

Alkisah suatu petang hujan renyai...aku dan temanku baru selesai berjalan-jalan. Lalu,kami ingin pulang kerana hari semakin petang...kami naik teksi pulang.. mula2 pemandu teksi tu okey2 jak... tapi cerita yang sepatutnya sejuk jadi hangat membara membuak-buak... sebabnya,cas teksi yangkami naik tu patutnya turun di dua rumah yang berbeza.. pemandu itu tidak tahu lalu dia menaikkan bayaran teksi dari RM15 kepada RM18..hanya tambah RM3 sahaja.. aku berasa pelik kerana sebelum itu kami pernah naik teksi dari tempat yang sama dan lalu jalan yang sama (yang penting teda beza pun perjalanannya) tapi pak cik tu maw tambah harga jugak.. apabila aku mempersoalkan tentang kenaikan tambang teksi itu tiba-tiba pemandu itu meninggikan suara seperti mahu juga kami mengikut katanya.. lalu sampai di rumah temanku dan dia bertanya "berapalah pacik?" Lalu pemandu itu menjawab dengan kasarnya."RM18" temanku yang berasa marah itu terus menghulur RM50 kepada pemandu itu..setelah dapatbaki wang,temanku keluar dari teksi dan menghempas pintu teksi itu dengan kuatnya...pemandu itu marah dan teriak dengan temanku dan berkata "apa masalah kau??" tapi untunglah temanku itu tidak dengar lansung suara pemandu itu..aku pun berkata "sudahlah pacik,biarlah dia tu" kemudian pemandu itu masuk kembali meneruskan pemanduannya untuk menghantar aku ke rumah yang terletak beberapa meter dari situ.. pemandu iu tidak habis2 merungut sepertinya dia marah pada kami.. lalu aku berkata,"pacik nda bagitau pun mau tambah bayaran kalau pegi situ,sebab sebelum ini teksi yang kami naik cas RM15 juga,nda kena tambah pun..jalan pegi sini pun sama" (padahal tidak sampai 20 minit pun kami dalam teksi tu) kemudian pemandu itu terdiam..lalu aku mengucapkan terima kasih kepada pemandu itu dan dia menjawab "sama-sama" dalam nada yang perlahan... hanya kerana ingin tambah RM3,tidak pasal2 berperang mulut..ish3...

~dalam hal ini...ada yang salah dan ada yang benar...fikir2 lah sepa yang sebenarnya bersalah..bukankah customer is always right? dan budi bahasa budaya kita??.renung-renungkan~~

No comments:

Post a Comment

thanks for the comment :)

Large Rectangle

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...