Terasa ingin memegang tangannya...dan mendakap tubuhnya...bila aku lemah..akan ada seseorang yang menaikkan semangatku...namun kini insan itu telah tiada...tempat aku bermanja...walaupun usiaku semakin meningkat..namun hatiku masih inginkan kasih dan sayangnya...ada ketika aku teramat merinduinya sehingga mengalir airmata ini...
hari sabtu lalu..aku melangkah masuk ke dalam rumah seseorang dan bersalaman dengan wanita yang mungkin baya2 insan yang aku rindui...saat itu, aku terasa kosong....hanya dia dalam fikiranku ketika itu...
sedih menyelubungi....ternyata aku sangat merindui belaian seorang ibu...betapa cemburunya aku pada mereka yang masih memiliki ibu...apabila mereka bercerita tentang ibu...aku hanya mampu menumpang kisah2 mereka...walaupun aku juga ada banyak cerita dengan ibuku...aku menjadi sayu kerana tidak ada lagi ibu yang melayan aku seperti anak kandungnya selain arwah mama dahulu...
menerima kenyataan memang mudah bagiku..kerana itu adalah qada dan qadar Allah...tetapi mengekalkan kenyataan itu, sungguh perit.....tambahan lagi bila ada yang tidak tahu bahawa ibuku telah tiada.....untuk menganggap seperti tiada apa2, bukan semudah yang disangka..
I exactly know the feeling.. also lost my mum in 2002..
ReplyDelete