Dalam sunyi ku bersuara lirih
Yang berganti hanya buih
Lembaran putih telah terpilih
Dan demi cinta
Ku tepiskan semua keraguan jiwa
Dan ku ganti dengan kepastian
Hatiku ini yang mulai mengerti
Dan berani tuk menyambut janji
Kisah cinta yang abadi
Takkan ada jika tak kau cari
Sering juga hanya mimpi
Yang membuatku bertahan di sini
Lingkaran putih telah terpilih
Dan demi cinta
Ku tepiskan semua keraguan jiwa
Dan ku ganti dengan kepastian
Hatiku ini yang mulai mengerti
Dan berani tuk menyambut janji
salam petang bloggers~
x tau mau cerita dengan siapa... hati rasa macam ada sesuatu yang tidak kena....
kenapa rasa mau nangis....
lagu Letto-Menyambut Janji..aku ulang-ulang pun x pandai la bosan dengar ni lagu...
Walaupun sekarang banyak assignments, tapi kalau hati tidak tenang, x dapat juga buat kerja tu kan...terasa sunyi...cuba mengembalikan kegembiraan tu....tapi memang ada yang x kena dgn aku ni....hmm....
kalau mau cerita tentang apa yang perlu dibuat kalau semangat tu dah luntur....
mungkin senang jak cakap kan...tapi bila buat...kesan tu kalau bagi aku sebagai seorang perempuan...kebiasaannya akan mengalir airmata ni...tapi kalau lelaki, mungkin diorang akan lepak dengan kawan, main game dan banyak lagi la...mungkin juga tidur... o_O"
dah 2 jam lebih aku lepak di koridor ni menghadap blog aku....entah apa mau tulis mula-mula...berat jak jari-jari ni mahu meluah...tapi menyimpan perasaan tu kan x bagus...nanti sakit sendiri pula.....banyak perkara yang aku nampak, dan banyak juga yang muncul dalam fikiran ni....
pejam celik, 2 bulan sudah ni aku melalui semester 3... x lama lagi final exam...lepas tu semester pula...pastu semester 5...pastu praktikal...( banyak betul 'pastu' aku ni~hehe)
lepas habis diploma, mau buat apa? banyak sangat pilihan...mau merancang...cuma kena tabahkan hati la kalau perancangan tu x menjadi...lagipun Allah yang menentukan....
cuma hati ni mengharapkan semuanya berjalan dengan lancar...
kadangkala......kita lalai untuk ingat siapa kita...dan itu penyakit yang paling bahaya sekali....
banyak perkara yang perlu dibuat....semuanya boleh dibuat cuma bezanya, mampu atau tidak kita mau capai impian itu...
kerana aku selalu dengar pepatah ini:
"Jangan Terbang Terlalu Tinggi, kerana Khuatir, jikalau jatuh..patahnya takkan sembuh"
pepatah tu sangat mendalam maksudnya...... kita x akan tahu apa yang bakal jadi pada masa hadapan.....sebelum menyesal menangis airmata darah...biarlah berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu....
********
BE AS A TOURISM STUDENT ! WOW ! FUN !
orait~back to happy mood ! yeayy ! kemarin baru selesai dari Academic Trip to Mari-Mari Cultural Village, Inanam. Trip tu ok2 juga la...cuma tidak semeriah trip sem lalu... tapi knowledge yang kami dapat tu memang sangat2 berguna...
di sana terdapat 5 buah rumah tradisional yang berlainan etnik....
antaranya Rumah Dusun, Murut, Lundayeh, Bajau dan Rungus..
Masing-masing ada ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri....memang unik dan kagum dengan orang zaman dulu2 ni...kerana itu antara 32 etnik yang terdapat di Sabah..
sebelum masuk rumah Murut tu, kami disambut oleh pekerja yang berlakon sebagai 'Bobohizan' atau 'bomoh'.. dan mengikut kepercayaan dulu2.. Bobohizan itu akan menghalau kuasa jahat menggunakan 'sasad' iaitu daun2 apabila ada org baru masuk ke dalam rumah mereka....
(comel ni bomoh tu..mcam nenek kebayan yang ada dalam tv...hehe)
perkataan2 yang baru aku belajar ialah Lansaran (Traditional Trampoline) yang terdapat di Rumah Murut..siap boleh lompat2 lagi atas tu...hoho best!
then ada juga inai zaman dulu.. diorang panggil tu 'tatoo' tapi tu yang boleh hilang..sebab guna daun2 juga macam inai...mcm2 bentuk ada...
diorang perkenalkan kirai dan supak.. (ala2 rokok dulu2..)
lepas tu, ada Sumpitan yang digunakan untuk memburu haiwan...ni bukan sekadar sumpitan yang pendek tu...tapi ni yang jenis panjang punya...dalamnya ada dart yang diletak racun untuk membunuh mangsa pada zaman dahulu...hebat ow..main tiup jak..hehe tapi paling lawak la bila kawan2 aku cuba untuk menyumpit...ada yang kena..ada yang miss~haha kami pula ketawa berabis...heeeee~
kemudian, kami ditunjuk cara membuat Montoku (Rice Wine).. ni memang dari zaman nenek moyang sampai sekarang pun masih diamalkan minuman ini dalam kalangan mereka..
guide kami, Mr. Adam juga ada tunjukkan cara mengidupkan api menggunakan bambu sahaja, pertama kali aku tengok dan memang x juga susah..hehe..(kunun)
ada juga air pandan campur halia...minuman ni baik untuk penyakit insomnia...dan perut berangin...rasanya manis dan wangi daun pandan...
selain tu, ada tarian Lundayeh dan Magunatip diiring muzik gong dan kulintangan..best !
dan famous story sepanjang perjalanan tu, "Head Hunters" uuuuuuu.... menyeramkan juga bila guide tu cerita...sebab kepala yang diburu tu bukan sekadar kepala haiwan tapi KEPALA ORANG ! huhuhu....zaman dahulu, tujuannya adalah untuk menunjukkan keberanian dan juga sebagai hantaran kahwin... paling aku rasa lucu bila guide tu cakap, "no head, no wife" haha
plus, kami sempat makan makanan yang dimasak dalam buluh...sedap...nyumm..
lunch time tu buffet style.....kenyang bah..hehe alhamdulillah...
kemudian pulang tu, hujan renyai2...tapi pihak Mari-mari ada provide payung ni...that one was very good :) petang tu kami semua pulang UiTM dengan selamat...hehe
ok..next trip to Kundasang~can't wait ! ^_^ bye !
No comments:
Post a Comment
thanks for the comment :)