Leaderboard

Sunday, April 17, 2011

KEK BATIK

Bahan-bahan :

1. 1 buku butter cup
2. 1 cawan Milo
3. 1 cawan koko
4. 1 tin susu pekat
5. 6 biji telur
6. ½ cawan air
7. 2 paket biskut marie (patah 4)


Cara-caranya :

Patah²kan biskut marie ke dalam 1 mangkuk besar.

Masukkan butter ke dalam periuk atau kuali yang telah dipanaskan.

Biar sehingga butter tu habis mencair.

Kemudian masukkan milo dan sedikit gula.

Kacau sehingga sebati.

Jangan biarkan campuran butter dan milo tu membeku atau bergumpal ye.

Pastu, masukkan koko, telur yang telah dikacau dan 1/2 cawan air tadi ke dalam kuali tersebut.

Kendian, masukkan susu pekat tu.

Bila dah tengok campuran coklat tu dah mendidih dan takde yang bergumpal, korang boleh la tutup api tu.

Last skali, masukkan biskut marrie yang dah dipatahkan tu ke dalam kuali tu.

Kacau gaulkan dan masukkan dalam loyang kemudiannya.

Mampatkan semampat²nya kat dalam loyang tu.

Lepas korang dah mampatkan, masukkan dalam peti sejuk korang.

Lepas sejam dua bolehlah korang melantak kek batik tu.

KEK COKLAT BATIK MERI
Sumber : S.I.L


No comments:

Post a Comment

thanks for the comment :)

Large Rectangle

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...