Leaderboard

Saturday, February 16, 2013

Selatan Eropah- Jom ke Itali !

Hi again !
sekarang kita masih di Selatan Eropah...jom pergi Itali ! yeaayy !
Ibu negara Itali ialah Rom.
Terdapat 6 bandar utama di Itali iaitu:

  1. Milan
  2. Venice
  3. Florence
  4. Rome
  5. Pisa
  6. Vatican
ni adalah Menara Condong Pisa (Leaning Tower of Pisa) yang terletak di Pisa
Menara ini condong sebanyak 5.5 darjah dan umurnya 800 tahun bah sudah. Tuanya bangunan ni....senget lagi tu kan...di Malaysia pun ada juga satu menara condong yang terletak di Teluk Intan, Perak. 


Venice- tempat yang sangat romantik bagi pasangan yang bercinta..hehe sebab apa? adanya gondola iaitu sejenis sampan panjang yang didayung oleh seorang dan kata pensyarah aku, di Venice terdapat lebih 400 buah jambatan. Setiap jambatan mempunyai nama seperti;

Rialto Bridge, Piazza San Marco, Basilica of San Marco and Bridges of Sighs.

Setiap kali gondola yang dinaiki pasangan itu melalui bawah jambatan itu, mereka perlu bercium ! jadi kalau 400 jambatan? 400 kali? ish3~
itu budaya di sanalah. Sebab itu la dikatakan tempat yang romantik..haha sambil2 pendayung gondola itu menyanyi lagu yang mendayu-dayu mcm penyanyi opra..hehe
(kalau aku tengok gambar tempat Venice ni aku teringat Drama Korean Boys Over Flower yang pernah shooting drama diorang di sana ^_^)
Okay lupakan tu, selain romantik2 ni..gondola merupakan pengangkutan utama bagi penduduk Venice. Jika musim hujan yang lebat dan tidak berhenti, air akan naik hingga ke paras lutut. Maknanya banjir la ! hoho jadi macam mana la penduduk tu mau pegi keja dan buat seperti rutin harian??
Penyelesaiannya mereka telah membina 'wooden platform' di mana penduduk boleh berjalan di atas jalan yang sempit dan panjang bagi mengelakkan kaki mereka tenggelam ke dalam air. Tetapi tidak semua la yang tahan mau beratur dan bersesak di atas platform tu. Pensyarah aku ada cakap juga "bila banjir jak, semua penduduk akan memakai boot macam Pua Chu Kang ! hahaah yellow boots everywhere.

Seterusnya adalah Vatican City iaitu bandar TERKECIL di dunia. Terletak di Rom tetapi bukanlah di bawah kerajaan yang sama. Mereka ada undang-undang sendiri. Dalam erti kata lain, Vatican ialah negara dalam negara. 

apa yang terdapat di Vatican City ialah St. Peter's Basilica dan St. Peter's Square. 

Lepas tu, kita pergi ke Rom. Sini sangat popular dengan Colosseum, iaitu tempat perlawanan para Gladiators. 

Selain tu, Rom juga mempunyai Trevi Fountain (bawah). Ramai pelancong yang datang berkunjung ke tempat ini kerana mereka ingin tahu adakah benar jika mereka membuang duit syiling ke dalam air tersebut dan lelaki pertama yang dilihat merupakan jodoh mereka. wow ! hehe tp masa tu juga lelaki-lelaki akan mengambil kesempatan untuk menjadi lelaki pertama bagi wanita yang buang duit ke dalam air itu. Pelik dan unik tentang Trevi Fountain ni.. hehe
Spanish steps (bawah) -tempat untuk lepak2..hehe ada 138 anak tangga..

Akhir sekali ialah Catacombs, iaitu kuburan bawah tanah dan orang-orang yang diseksa pada zaman dahulu... kebiasaannya ini untuk Dark Tourism. Ada sesetangah pelancong yang minat untuk lawat tempat2 macam tu...
(hehe cari di google la ya..)

No comments:

Post a Comment

thanks for the comment :)

Large Rectangle

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...