Leaderboard

Saturday, February 16, 2013

Selatan Eropah - Spain lagi !

Okay, sebelum aku pulang uitm, sempat lagi update tentang Spain. Ibu negara Spain ialah Madrid. Bahasa utama mereka adalah Spanish.


Antara destinasi yang popular di Spain ialah Costa Brava
Costa Brava sangat popular dengan pantai-pantai yang sangat cantik. Pelancong yang berkunjung ke Costa Brava kebiasaannya untuk Laut, Pasir dan Matahari (Sea, sand and sun). 
Di Spain juga popular dengan Matador iaitu 'bull fighting'. 
Tarian yang menjadi kegilaan ramai di Spain ialah tarian Flamenco. Unik dan paling aku suka tengok pakaian penari perempuan tu..gaunnya yang lawa beropol-ropol lagi..macam bunga kalau berpusing-pusing.hehe

Selain itu, Festival yang sangat popular setiap tahun ialah "La Tomatina" iaitu pesta melontar buah tomato yang diadakan di Bandar Valencia, Spain. Festival ini diadakan setiap hari Rabu terakhir pada bulan Ogos. Memandangkan Valencia sangat kaya dengan hasil tanaman ataupun 'agriculture', dan tomato pada musim itu sangat banyak dan murah di Extremadura. Buah tomato akan dibuang di seluruh jalan Plaza Del PuebloFestival ini sangat-sangat meriah untuk mereka.

Namun begitu, terdapat beberapa peraturan yang telah dibuat oleh majlis bandar dan mesti mereka patuhi ketika festival ini berlansung iaitu:
  1. Tomato perlu dipenyekkan sebelum dilontar untuk mengelakka berlakunya kecederaan.
  2. Bahan-bahan yang digunakan hanyalah tomato sahaja dan bahan lain dilarang untuk dilontar.
  3. Peserta mesti membari laluan kepada trak dan lori yang melalui kawasan tersebut.
  4. Tidak dibenarkan mengoyakkan T-shirt.
  5. Selepas isyarat kedua tamatnya aktiviti melontar tomato dikeluarkan, tidak ada tomato yang akan dilontar pada masa itu.
Apa yang uniknya, selepas satu jam melontar-lontar tomato, seluruh jalan dan lorong-lorong dipenuhi dengan air tomato dan mereka sendiri akan bergotong-royong untuk menyiram jalan tersebut sehingga bersih. Lantai mereka yang berupa batu-batu itu, kelihatan cantik setelah tercuci dengan perahan buah tomato itu. ! wahh!


Barcelona-iaitu bandar tersibuk dan kedua terbesar di Spain. 
Di Barcelona, Spain terdapat gereja yang dikenali sebagai "La Sagrada Familia" yang diasakan oleh Antonio Gaudi. Gereja yang paling tua tetapi masih belum siap dibina sehingga kini.

Akhir sekali, tentang La Ramblas yang terletak di Long Street, Barcelona - iaitu manusia menyamar menjadi satue dan bergerak apabila ada orang datang menghampirinya, lalu orang tersebut perlu membayar atas perkhidmatan manusia yang menyamar jadi patung itu.. Sangat menarik !

ni sedikit kosa kata bahasa Spanish. Belajar sikit-sikit tu kira ok la kan?? hehe selamat mencuba !

okay, aku rasa itu sahaja yang aku dapat kongsi untuk negara Spain. Orait..Adios amigos ! hehe maksudnya...Selamat Tinggal kawanku !

2 comments:

  1. Tomatoes fesival!!!
    In Vietnam also have water and flower fesival.
    budget car rental vietnam

    ReplyDelete
  2. thanks for the comment Hoang Huy Do :)

    ReplyDelete

thanks for the comment :)

Large Rectangle

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...