Leaderboard

Saturday, February 16, 2013

Utara Eropah - Denmark

Ibu negara Denmark ialah Copenhagen. Nama matawang di sana ialah "Kroner". Negara Denmark merupakan negara kedua terbesar yang mempunyai perbelanjaan (expenditure/tourism receipt) antara negara-negara utara Eropah. 

Copenhagen - Tempat ini adalah kawasan bandar(urban) dan metropolitan. Bandar yang ke-7 termahal di dunia. 36% penduduknya menunggang basikal ke pejabat atau untuk bekerja. 

Antara destinasi tarikan pelancong ialah: 


Marble Church-yang mempunyai kubah (dome) gereja yang sangat besar.

Langelinie Promenade-tugu Ikan Duyung (statue of little mermaid) menjadi simbol Copenhagen. Dari sini la muncul cerita kartun fairytale Little Mermaid tu...

Nyhavn- atau nama lain ialah New Haven, pada zaman dahulu, tempat ini merupakan tempat Kuater Kelasi (Sailors' Quarters) bangunan yang berwarna-warni dan menghadap laut. Tetapi kini cuma banyak bar, cafe, restoran dan rumah-rumah.

Rosenborg Palace- Pada zaman dahulunya merupakan istana diraja. Namun sekarang menjadi muzium untuk pelancong kunjungi. Pelbagai pameran barang-barang diraja yang terdapat di sana.

Tivoli Garden- Taman hiburan (Amusement Park) yang ke-2 tertua di dunia.

Amalienborg palace-  Rumah musim sejuk untuk Keluarga Danish Diraja.

No comments:

Post a Comment

thanks for the comment :)

Large Rectangle

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...