Assalamualaikum w.h.t
Sebagai seorang muslim, mengingati hari mati adalah menjadi keutamaan bagi kita supaya sentiasa patuh dan taat pada perintah Allah S.W.T...
Entri malam ini, insya Allah dapat meningkatkan taqwa kita kepada Allah Yang Maha Esa...
Sebagai renungan bersama, marilah kita hayati bacaan talqin yang cukup menginsafkan diri kita sebagai hamba Allah S.W.T dan umat Nabi Muhammad S.A.W
Bismillahhirrahmannirrahim..
(Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang)
Maha suci Allah yang maha kuasa lagi kekal tanpa kesudahan.
Maha suci Allah yang yang telah mengaturkan manusia seluruhnya terpaksa
mmenempuh kematian, supaya dapat diujinya siapakah diantara manusia yang telah
mengerjakan amal soleh dan membuat kebajikan. Maka segala derma bakti dan hasil
dari amalan mereka semuanya dapat dilihat satu persatu pada hari yang
ditetapkan. Setiap yang bernyawa pasti
akan merasai mati. Segala sesuatu yang lain dari Allah akan rosak dan binasa,
kerana Allah lah yang mengatur segala-galanya dan kepada Allah lan akan kembali
sekelian kita, maka berbahagialah sesiapa juga yang terselamat dan terlepas
dari azab siksa neraka dan seterusnya mendapat anugerah nikmat yang berkekalan
didalam syurga. Segala nikmat dan kesedapan yang bercorak keduniaan hanya sementara waktu sahaja
Allah menjadikan kamu sekalian daripada tanah dan ke dalam
tanah pula kamu akan dimasukan dan daripada tanah juga kamu akan dikeluarkan
semula. Allah menjadikan kamu supaya
menanggung amanah dan menjalankan kewajipan selama kamu hidup didunia, kemudian
dimasukan kamu ke dalam tanah untuk menjadi mangsa dan makanan ulat serta cacing
yang tidak mengenal kamu siapa dan yang tidak teragak-agak atau
bertempoh-tempoh lagi membaham dan memamah kamu sehingga berkecai dan hancur
lebur segala urat dan daging kamu tanpa meninggal sebarang sisa-sisa. Hinggalah
Allah perintahkan Malaikat Israfil meniup sangkakala , maka dihidupkan kamu
semula dengan serentak dan semasa untuk dibawa ke ke hadapan mahkamah Qadi
Rabbula Jalil, maka di sanalah segala amalan dan pekerjaan kamu diperiksa buruk
baiknya semuanya dibicarakan untuk dihukum dengan pembalasan yang setimpal dan diberi ganjaran dengan adil
dan saksama.
Ku bersumpah dengan nama Allah yang maha besar, dengan nama
Rasulnya yang mulia dan diatas Agama islam yang suci , apa yang akan disebutkan
ini adalah perkara-perkara yang telah dijanjikan oleh Allah Subhanahu Wataala.
Dan benarlah segala Rasul-rasulnya yang telah menyampaikan janji-janji itu.
Semoga Allah kurniakan kasihan belasnya ke atas saudara,
ketahuilah bahawa segala nikmat dan kesedapan dunia telah hilang dari
saudara/saudari sekarang.
Saudara/saudari telah masuk ke dalam sempadan akhirat dan tinggal disini
sehingga hari kiamat.
Wahai saudaraku........................................ Janganlah saudara/saudari lupakan perjanjian
kita di dunia iaitu perkataan...........sebutkan lafaz syahadah (maksudnya AKU
NAIK SAKSI BAHAWA TIDAK ADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH, DAN AKU NAIK
SAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH).
Apabila datang dua malaikat yang ditugaskan memeriksa
saudara/saudari dengan perintah Allah, janganlah saudara gentar dan takut
kepada mereka kerana mereka juga makluk Allah seperti saudara. Mereka akan bertanya siapakah tuhan mu, siapa Nabi mu, apakah iktikad dan kepercayaan mu. Di atas agama apakah engkau hidup dan mati,
katakanlah kepada mereka Allah tuhanku yang sebenar-benarnya, bila ditanya lagi
jawablah juga Allah tuhanku yang sebenar-benarnya. Bila ditanya lagi bagi kali yang terakhir,
maka jawablah dengan lidah yang lancar tanpa takut dan gentar kepada mereka, Allah
tuhan ku, Muhammad Rasullullah nabiku, Islam agamaku, Al-Quran pedoman dan
ikutanku, Baitullah kiblatku, sembahyang lima waktu kewajipanku, sekalian
orang Islam adalah saudara-saudaraku, hidup dan matiku adalah di atas perkataan. La ila ha illah, Ash'haduan la ila ha
illah. Ingat dan peganglah
bersungguh-sungguh kenyataan ini selama-lamanya, ketahuilah bahawa saudara akan
berada di alam barzah ini sehingga hari kiamat kelak.
AL-FATIHAH
No comments:
Post a Comment
thanks for the comment :)