Leaderboard

Tuesday, April 23, 2013

Kenapa aku ada blog?

Selamat malam !! ^_^  (belum mau tidur lagi?) hehe...
sekarang mengarang dulu dalam blog ni...baru tidur..yeeee.....dulu2 kan x pernah terfikir untuk ada blog...
dan tidak pernah pun mau buat blog untuk dapat $$$.... tau sebabnya???
blog ni untuk mengisi lapang yang ada....mestilah dah tukar hobi...kalau dulu2..hobi aku baca novel..tapi sekarang pun dah jarang-jarang sangat baca novel..tu pun novel yang baru beli jak aku baca..
kalau x, memang tiada la novel lansung dah...blog jak la tempat aku mengarut sana sini..hehe

ini salah, itu salah...hmm...

Memang minat aku dah pun..bukannya hobi aku tu perkara yang tidak bagus. Namanya pun hobi bukan selalu aku buat..bila ada masa betul2 lapang, baru aku buat hobi aku..salahkah? 

entah apa sudah aku merepek ni..sejak akhir2 ni, banyak sangat yang bermain di fikiran aku... terlalu banyak..aku ni dah buat keputusan yang wajar ka untuk hidup aku? bila timbul balik perkara tu? hmm aku pun x tau sudah ni...



Thursday, April 18, 2013

Tiada lagi Kesatria Kembara..

Annyeong ! malam ni story sikit~ sekarang dah cuti semester 2 bulan~ habis dah 3 semester aku join Kesatria Kembara UiTM Sabah. Banyak pengalaman dan ilmu survival yang aku belajar selama 3 sem ni.
Dari camping, sehingga ke kayak dan penutup pula mendaki Gunung Kinabalu (walaupun x sampai puncak..hehe) x pernah menyesal ambil kursus ni. Memang best ! ^_^

Monday, April 1, 2013

apa yang cuba dibuktikan...??

salam april! halu2 ! lamanya x update blog ni kan..terabai la juga post2 bulan mac tu...sori my blog..hehe

sekarang ni pun tengah duduk sorang2 di bilik sambil dengar lagu Maafkan aku dari Last Minute..santai ja lagu ni...tapi apa la aku dapat buat kalau orang sana tu, tengah merajuk dengan aku..hmm...pagi2 x bagus buat muka masam2...nanti rezeki lari tau.... yang aku ni..ada 3 lagi paper final exam..harap2 semuanya ok..tinggal paper CTU, Tour Guiding Skill dengan Marketing lagi..pastu cuti 2 bulan ! yeaayy !! hehe macam2 mau di urus masa cuti ni..hehe banyak kerja tergendala atas sebab2 yang aku sendiri x dapat elak..

 memang sem ni agak menrunsingkan kepala sikit...tapi itulah, mana ada hari2 senang... mesti ada juga yang spoil kan? besala ni...lama2 biasa sudah..kalau bab2 assignment yang ditangguh-tangguh untuk disiapkan, memang selalu la tu terjadi...peristiwa yang aku akan jadikan pengajaran... supaya lain kali, kalau berdepan lagi dengan masalah yang sama, tau sudah cara mau handle orang-orang macam tu...

memang la sakit hati bila dibuat gitu..tp faham2 la kan, kalau dah buat salah, mesti cepat2 minta maaf.. fikir balik tujuan UTAMA datang ke kampus tu..kan untuk belajar...bukan sekadar mau capai pointer tinggi2~ tapi untuk membalas balik jasa pengorbanan ibu bapa yang susah payah membesarkan kita...melahirkan kita...mendidik kita sehinggalah sekarang..walaupun arwah mama dah tiada tapi kata-kata semangat dia masih bertakhta di hati aku...itu yang membuatkan aku terus tabah untuk meneruskan hidup dan ingin berjaya...untuk dapat kerja yang halal dan boleh membantu keluarga aku...itulah rahsia kenapa aku ada semangat untuk belajar dan bukan sekadar untuk dapat pointer cukup-cukup makan.

Saturday, February 16, 2013

Utara Eropah - Denmark

Ibu negara Denmark ialah Copenhagen. Nama matawang di sana ialah "Kroner". Negara Denmark merupakan negara kedua terbesar yang mempunyai perbelanjaan (expenditure/tourism receipt) antara negara-negara utara Eropah. 

Copenhagen - Tempat ini adalah kawasan bandar(urban) dan metropolitan. Bandar yang ke-7 termahal di dunia. 36% penduduknya menunggang basikal ke pejabat atau untuk bekerja. 

Antara destinasi tarikan pelancong ialah: 

Selatan Eropah - Spain lagi !

Okay, sebelum aku pulang uitm, sempat lagi update tentang Spain. Ibu negara Spain ialah Madrid. Bahasa utama mereka adalah Spanish.

Selatan Eropah- Jom ke Itali !

Hi again !
sekarang kita masih di Selatan Eropah...jom pergi Itali ! yeaayy !
Ibu negara Itali ialah Rom.
Terdapat 6 bandar utama di Itali iaitu:

  1. Milan
  2. Venice
  3. Florence
  4. Rome
  5. Pisa
  6. Vatican
ni adalah Menara Condong Pisa (Leaning Tower of Pisa) yang terletak di Pisa
Menara ini condong sebanyak 5.5 darjah dan umurnya 800 tahun bah sudah. Tuanya bangunan ni....senget lagi tu kan...di Malaysia pun ada juga satu menara condong yang terletak di Teluk Intan, Perak. 

Friday, February 15, 2013

Kenali Selatan Eropah-Greece !

Assalamualaikum
hari ni belajar sikit2 tentang negara-negara Eropah Selatan antaranya ialah Greece.
Ibu negara Greece ialah Athens yang merupakan bandar terbesar di Semenanjung Balkan, Greece.
Greece kaya dengan sejarah dan peninggalan seni bina, pulau-pulau, pelabuhan dan teluk-teluk yang terlindung.

Tuesday, February 12, 2013

Seiring Sehaluan



Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar

Hari yang indah
Senyuman pertama
Hulurkan salam ukhwah kita

Berpesan mengingati
Dituntut agama
Kita bagaikan satu keluarga

Silaturrahim ini tak akan terpisah
Kita jalinkan seperti Rasulullah dan Sahabat

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Demi satu kejayaan
Perlu pengorbanan
Keazaman juga ketabahan

Inilah kehidupan menuntut kesungguhan
Tak semudah indahnya khayalan
Silaturrahim ini tak akan terpisah
Berbahagia untuk selamanya InsyaAllah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Allahu Akbar Allah Maha Besar
Lailaha Illallah
Allahu Akbar Allah Maha Besar
Lailaha Illallah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Atas Nama Cinta



Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

Monday, February 11, 2013

lagu untuk si dia...


malam ni calling lagi dengan dia...macam biasa... ^_^ mood happy sangat2.... ada nyanyi2 lagu lagi dengan dia..hehe...

sekarang dah cuti seminggu....pejam celik, x lama lagi final exam...pastu naik sem depan.. sekejap jak rasanya... 

sebenarnya..aku ada story tentang 'putera' aku...hehe share sikit2 jak boleh..yang lain rahsialah...hihihi...

Apa antara perkara yang aku suka tentang dia?

Tuesday, February 5, 2013

Mimpi jadi terbalik?


Morning bloggers.....pernahkah kamu mimpi sesuatu yang sangat indah tetapi kenyataannya tidak? kalau mimpi buruk tapi realitinya bagus, ok la tu kan..cuma kadang-kadang ada perkara yang diluar jangkaan kita..bukan kita mahu perkara tu terjadi bahkan sebaliknya...

senyenyak mana pun tidur tu tapi kalau tidak tenteram, bukan tidur tu namanya....

**************

Sunday, January 27, 2013

Kadangkala itu perlu....

Ku menanti sang kekasih
Dalam sunyi ku bersuara lirih
Yang berganti hanya buih
Yang sejati tak akan berdalih

Friday, January 25, 2013

tahun baru~ ke depan atau ke belakang??

12 hari terlewat untuk ucap Selamat Tahun Baru 2013 ^_^ hehe
sebelum tu, ASSALAMUALAIKUM...
terlalu banyak perkara yang berlaku awal2 tahun ni...baru2 ni..5 Januari 2013, Program Karnival Pencegahan Jenayah dari PDRM dengan kerjasama UiTM Sabah..
berkesempatan juga aku menjadi MC malam tu untuk Penutupan Karnival. itu pun setelah 2 hari sebelum program baru aku dipanggil untuk mengacarakan majlis bersama seorang anggota polis, En. Jair. Keadaan yang agak kucar-kacir sedikit, cuma malam tu dapat dikawal dengan lancar, Alhamdulillah.. 
gambar2 di bawah ni adalah hasil tangkapan gambar2 aktiviti pada waktu siang..hehehe..

 Bergambar bersama pilot helikopter.

Large Rectangle

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...